hari jumaat lepas gi midvalley.
mau dinner kat pepper lunch express.
aku tak pernah lagi try makan sini, tapi encik z penah.
masa encik z makan tu la aku dok sudu sudu, sedap gak.
ada promotion yakiniku beef pepper rice.
nama tak boleh bla kan.. yakiniku..
boleh jadi bahasa melayu, boleh jadi bahasa jepun.
oh yer pepper lunch express nie berkonsepkan makanan jepun tau.
ada banyak lagi pilihan lain ko boleh amik.
ada steak, ada daging, ada telur, ada ayam. macam macam ada...
inilah hidangan saya.
didatangkan dalam plate yang panas amat.
berasap asap.
ada sup dan juga 3 jenis sos.
close up sikit.
atas nasi tu adalah cheese.
ko boleh pilih nak cheese ke taknak.
daging tu lom masak lagi.
bila sampai je kat ko kan, ko kena gaul gaul gaul supaya masak semua.
tapi kena buat cecepat.
sebab bila plate tu dah sejuk, cena romannya nak masak daging tu kan?
gaul... gaul... gaul....
seriyus nau muka nya.
yang nie encik z punya.
dia pilih yang ada kari kari punya rasa.
sedap gak tau.
inilah hasilnya selepas digaul.
dia jadi cam sticky rice gitu.
pastu boleh la ko makan.. nyum nyam nyum..
tapi awas ya, aku tak jamin semorang akan suka makanan nie.
sebab aku ada je kenal member-member yang tak makan makanan pepelik cenggini.
sebab ni kira cam nasi lembik yang dicampur ngan telur, daging n cheese.
tapi siapa yang eksotik, boleh la try k.
kat food junction midvalley.
ko cari jer stall pepper lunch express.
ote?
...
...
...
...



4 comments:
nampak sedap!
will try it :)
yakiniku merah jambu!
ILLA : aah sila try..
TINI : tetiba kann..
bila la nak menerai ni..badan dah berat..nk bwk babies pun payah...nampak akak mkn mcm sedap jer...
Post a Comment