Thursday, March 10, 2011

Kau Kenapa Ha SIAL? Apa Masalah Kau Ha Sial?

hari tu aku gi nonton filem 127 hours kat midvalley.
memula tu nak nonton i am number four. tapi show lambat sangat.
oleh sebab dah q so cam proceed je la nonton.

filem 127 hours nie adaptasi dari kisah benar tau.
mengisahkan tentang seorang lelaki bernama aron.
dia nie adventure orang nya. suka buat aktiviti outdoor, expecially kat kawasan canyon.

canyon bila aku translate kan ngarai.
ermm taktau nak describe, tapi cam kawasan batu batu keras dan gua gua bawah tanah gitu la..

aron nie ada sikit berperangai selfish dan tak peduli perasaan orang lain.
dia suka buat aktiviti outdoor nie sorang sorang dan tak penah bagitau kat orang mana dia nak pegi.

so di satu hari, dia pun sudah ke Blue John Canyon.
tempat tu memang jauh terperosok ke dalam la.
hari tu memang hari malang dia la bila dia terjatuh dalam satu lubang.
pastu ada batu besar sudah hempap dan sekat tangan dia.

kira dia berdiri tapi tangannya disekat oleh batu besar itu.
memang tak boleh gerak, tak boleh alih langsung.
cer bayangkan. cer cer cer cer..

dan bermula lah episod ngeri dalam hidup aron bila mana dia terpaksa mengharungi 127 jam dalam lubang tu.
macam macam cara dia buat untuk keluarkan tangan dia, tapi tak berjaya.
127 jam tu sama dengan 5 hari 7 jam ok..

ko bayangkan tak boleh nak duduk, sebab tangan dah sangkut.
tu pun sib baik dalam lubang tu takde binatang pelik pelik ke.
kalau muncul binatang macam dalam filem descent tu, tak ke naya..

dalam tempoh waktu 5 hari tu macam macam la dia bayangkan, baru teringat pasal family. pasal gf yang dia tinggalkan, pasal mak apak, kawan kawan..
baru rasa cam menyesal la berperangai endah tak endah ngan org sekeliling dia gitu.

tapi yang bagusnya, dia tak putus harap.
tetap berusaha dan berusaha untuk melepaskan diri.
sehinggalah last resort dia amik keputusan untuk potong tangan dia.
potong ok.. diulangi potong!
ko mampu?????
kalau ko silap silap mati kering dah kat situ kan..

so lepas potong tangan, dia selamat keluar.
dan hidup hingga ke hari ini.
dia learnt a lesson la dari peristiwa tu.
sejak hari tu kalau dia nak ke mana-mana dia akan inform family dia.
yang best nya, dia tetap jugak dengan aktiviti outdoor nya.
kira dia takde rasa menyesal atau fobia.
itulah semangat yang kita mau :-)

sekian.

ewah ewahh.. tertanya plak korang yer apa kaitan kisah 127 hours dengan tajuk entry di atas.
takde kena mengena ngan pihak lawan yer.
asal tajuk panas je semua ingat sebab pihak lawan kan..
tak kira la protected ke, terbuka ke.. haihhh...

aku nak cerita pasal sorang mamat yang duduk sebelah aku dalam wayang nie.
dari start cerita sampai habis cerita asyik la berpot pet pot nak bagi ulasan bagai.
pastu paling aku menyampah bila scene sedih dia dok pakat gelak gelak.
ko kenapa? urat sedih ko dah putus ke?

memula aku cam ok tahan jugak la.
tapi tang aron kena minum air kencing sebab dah haus sangat, dia bantai gelak dekah dekah terus aku sound.

'hello nak ketawa ketawa pegi tengok cerita senario la!'

dia pandang aku, ada aku kisah???
pastu memang muka tebal kulit babi agaknya, ada scene aron terbayang air coke, air oren semua pun dia gelak lagi.
selepas setiap gelakan tu disusuli dengan

'tak boleh bla sial.. tak boleh bla sial..'

ko kenapa ha sial????????? apa masalah ko ha sial.....????
tapi aku cakap dalam hati je la.. hahaha..
encik z dah urut-urut bahu aku takut aku amukan naga kat situ.

pastu aku sound lagi..

'ingatkan tengok cerita omputih takdela orang kampung kampung cenggini, rupanya ada jugak. kesian'

dia pandang lagi. mampos ko sana. nak gaduh? meh meh..

lepas aron berjaya keluar, pasti lah haus kan..
so aron  minum je air lopak2 kat luar tu.
mamat sial nie gelak lagi. gelak yang stok kah kah kah tu tau..

dan last sekali waktu cerita dah habis, kat bawah tu ada la tulis..
selepas itu aron sentiasa memberitahu keluarganya jika mahu ke mana mana.
itu pun mamat sengal nie gelak jugak okkk...

ko kenapa???????? sakit otak??????????

yang belakang aku dok tendang tendang kerusi.
yang sebelah encik z dok goyang goyang kaki.
belah atas kanan pulak budak perempuan 2 ekor dok bercakap cakap.
aku paling kepala pandang, bagi jelingan maut. baru dedua diam.

korang nie kenapa ha? tak penah tengok wayang ke?
sialan lu.
astagfirullahalazim...

16 comments:

UmiMia said...

ya Allah...garang betul nurmaya ni...sabaq beb sabaq....dgn org camtu mmg tak makan cakap-cakap ni..kena kasi smackdown jer sekalik...kehkehkeh

atty's said...

bagus mya tegur itu budak..kalo kty pun ..kty tegur dah..sengal sgt..

kot nak buat ulasan ke apa review ar kt blog kan

SyaNa said...

eeiii aku plak yg tension baca entry ko ni
mmg sial gile kalo kena share wayang ngan org gini

sial nyeeeeee

yana2605 said...

rie sbtu lepas sy tgok citer i am no four pun da mamat cmnie..yg paling sakit ati bila duk tendang kusi la...sy nie klu kepala gegar sikit mula pening...tension ooo dpt manusia2 cmnie...tak reti bahasa...gerammmmm..baca entry akak nie sy bertambah geram lak...huhuhuhuh

yaTy ♥ said...

ya ampun kak..
kalo yaty kat tmpt akk pun leh jadi tensiiiooonnn kak..
mmg hangen kan kalo jmpe org gini dlm wayang..
rasa nk sepak2 tendang2 bagi keluar dari panggung tue..
vongokss tau org2 mcm nie..

R.R.Z said...

haha..kak, sy da lalui..
gile tenuk pangai..yg beromen, toksahhhh ckp.. haram J tol.

tp mang pnah bgaduh dgn sekumpulan budak bodoh dlm wyg..sakai gile.semua bwk gitar dlm wayang..kat pavi plak tu..pastu gitar dorg memasing duk terkena sy n kwn2 ppuan..cr pasal..gile kurang ajr kot..sepak kaki ktorg.dahla lambat, thegeh2 nak masuk lane..

Kancilbiru said...

sebenarnya dia tak paham cerita tu kak oi...

ai tak paham english ok...hhahaaha lantakk!

Watie Rose said...

hampeh kann org cenggini...layaklah kalau kena curse gitu...

Lyn Yusoff said...

bodoh punya org..
mmg giler jakun baru 1st time masuk panggung kot..
tu yg bangang tuh...
eloknyer di tendang kasik kuar jer..
hahahah

n o h a F i z a said...

fiza selalu jugak sound org suka tendang kusi. dah tau lutut ko panjang ddk la tegak2. ni lagi nak landing macam sofa kat rumah.
tetiba fiza lak yang emosi kat sini...ya ampun

s said...

ko lagi macam @#$@$%^%&^.. ko dah mencaci mencarut bagai, baru nak mengucap... wakakakakakah!

ehhh, patut tak aku gelak kat entry ko ni...?

sw33tdarling said...

ehh s di atas adalah aku

cik gObu said...

hahahah

tak boleh berenti ketawa

lawak sial....

kalo ween mmg dh kena dh org tue kt situ

buat org konpius jek
citer lawak ke citer serius
huhuh

ween bkn gelakkan akak tao

gelakkan cara entry ni dibuat

huhuhu

Zara said...

aduiiiii..mcm mcm perangai ek? mujur x kena pelempang..LOL

syeka sweetheart said...

sesungguhnya mmg menjadi kepantangan saya jugak kak klu jumpa org camtu masa nonton..pasti aku juga akan amukan xhengat..ek eh..

Fieda said...

cehhhh....ada gak erk org2 yang cenggitu tgk wayang...memang SIAL betul.....:(