last week aku gi buat follow up check up kat hospital tawakal.
doktor yang handle kes aku tu namanya dr hisham.
actually dia adalah doktor yang sama masa aku admit tahun 2008 dulu tu.
kiranya dia mmg tau la sejarah sakit perut aku nih.
ingatkan follow up check up tu kejap jer.
sib baik gak aku amik time off kul 2.30 petang sampai 5 petang.
ngam ngam habis kerja.
kena gi lab check darah. pastu kena gi buat ultrasound jugak.
dah nama pun check darah, harus kena cucuk lagi lengan aku.
adoiyai lah.. tapi kali nie aku tak tutup mata.
aku tengok jer jarum tu menusuk. tsktsktsk...
lepas tu kena buat urine test jugak.
dah la tengah period. maka nya air kencing campur darah la uolls.
sadiss..
buat ultrasound, nak cek pelvik.
kena minum banyak banyak sebab nak pundi kencing penuh.
satu botol air mineral dipaksa aku minum oh..
masa buat ultrasound tu ditekan tekan pundi kencing aku.
masa buat ultrasound tu ditekan tekan pundi kencing aku.
sib baik aku tak terkucil kat situ. ish ish ish..
pastu naik balik jumpa doktor.
gedebak gedebuk gitu gini.
akan ada sambungan follow up khamis nie plak.
aku tak rasa aku ada penyakit yang serius.
cumanya aku rasa aku dah perlu slow slow mintak maaf dengan orang yang aku penah buat salah.
dan aku perlu berusaha dengan lebih bersungguh lagi untuk menjadi seorang insan yang lebih baik di mata Allah.
insyaAllah, mudah mudahan Allah memberi masa yang secukupnya untuk aku membetulkan semua kekhilafan.. amin.
...
...
...
...

2 comments:
insyaallah.. selagi ada umur, selama itulah ada ruang utk kita mmbetulkan kesilapan.. harap2 akak x pape..
take care, kak~ *hugs*
MASY : tq baby :)
Post a Comment