Monday, September 28, 2009

Meet me at http://blogmaya.com

salam anak-anak...

masih ada lagi kah yang datang ke sini? :-)

tak sampai 3 minggu pun lagi sejak aku tutup blog ni. kadang-kadang tu ada la jugak rasa rindu.
aterrr... dah 5 tahun aku dok bersok sek kat sini. tiba-tiba terus tinggalkan.
kata orang, tempat jatuh lagi dikenang. inikan pulak tempat berpena.
cehh.. berpena katanya.

sejak aku tutup tu, ada ramai jugak la silent reader hantar email.
mintak blog baru. yang bukan silent reader pun ada.
dan ada yang aku bagi. ada yang aku tak bagi.
ujung-ujung rasa bersalah pulak. wujud ketidakadilan di situ.

sebenarnya aku ingatkan nak la mekap dulu blog baru tu cantik-cantik.
lepas tu baru nak warwarkan kat readers semua.
tapi sampai ke sudah jari-jari aku dok keras godek menggodek template.
nan hadoo jugak jadinya.

tapi, takpelah kot. kau pun bukan pedulik pasal layout template segala ye tak?
semua pun nak baca cerita ceriti aku je kan...

jadi, dengan berbesar hatinya... aku nak jemput semua ke blog baru aku di...


dan. teruskan beri sokongan pada saya untuk menulis blog.
saya ingin menjadi blogger tegar!! :-D

Thursday, September 10, 2009

Propakah Kau?

kata dah selamat tinggal myasefia?
ni ada lagi ni. apa cerita? ko propakah wahai mya? heee...

sebelum berspeku, mari teruskan pembacaan dulu.
oklah sebenarnya begini. semalam dan pagi tadi bertalu-talu terjahan yang saya terima.
bertalu-talu katanya. walaupun sorang 2 jer yang terjah. perasan lebih uolls.

soalan mereka adalah berbunyi begini 'kenapa tutup blog?'.
saya pun menjawab 'no komen'. tetiba cas artis kan..

tapi bila saya baca komen-komen di entry bawah ni, rasa cam sedih pun ada.
syahdu pun ada. ye la, tak sangka ramai jugak yang sayang saya kan.
eh.. sayang blog ni kan? dan tak sangka jugak ramai jer silent reader. huhu..

tu la korang. waktu aku ada, korang tak hargai. ni bila aku dah tutup blog, baru la pot pet itu ini.
*motipp???

ramai yang speku kata saya nak kahwin yer. pun saya no komen. *cehhh no komen lagi.

oklah sebenarnya begini. sebenarnya saya tidak begitu pasti apakah sebab utama yang menyebabkan saya tutup blog ini. tapi sebab sampingan ada banyak jugak la.
which saya rasa rata-rata nya sebab saya rasa dah tak bebas menulis.
saya rasa orang jadikan isu dengan apa yang saya tulis.

tapi. kan saya tulis tu selamat tinggal myasefia.
saya tak kata selamat tinggal dunia blog kan?

memang saya dah bukak blog lain. tapi mungkin saya tak bersedia lagi untuk warwarkan ia.
untuk rakan-rakan dalam komuniti saya cukuplah buat waktu terdekat ni.
dan oh yer, blog tu saya tak private kan. memang open to all.
so nasib nasib la kalau siapa jumpa. heee...

oklah sebenarnya begini ( e eh... berapa kali dah saya sebut oklah sebenarnya begini ek?).
ok la tu jer. apa-apa pun korang still boleh reach aku kat myasefia@yahoo.com ok?

boi boi..

Wednesday, September 9, 2009

Bye Bye Myasefia..

no more MYASEFIA.

no more myasefia.blogspot.com

i'm moving to 'somewhere'. find me if u can.

thanks for everything peeps!

Selamat Tinggal

mungkin telah sampai masanya.

untuk aku mengucapkan selamat tinggal.

kepada http://myasefia.blogspot.com/

walau hati masih berbagi... haihhh...